Saturday, 24 September 2011

Pengenalan Koperasi

Koperasi Anak Yatim Fakir Miskin didaftarkan pada 1hb Mei 2011. Bil. Daftar Suruhanjaya Koperasi Malaysia : 1-4-0822. Pengerusi Koperasi adalah Ustaz Mohamad Halimi bin Hj Kolan. Tujuan kewujudan koperasi ini adalah membantu mengupayakan perekonomian warga serta operasi Asrama Kebajikan Ar Rayyan yang terdiri dari anak yatim dan fakir miskin, OKU serta Tahfiz serta waris dan pengurusan asrama. Beberapa projek ekonomi telah dikenalpasti dan sedang diusahakan. Kerjasama produk dan perkhidmatan juga sedang diadakan melalui perbincangan dengan beberapa pihak terpilih bagi mewujudkan sejumlah dana untuk dimanfaatkan oleh penghuni anak yatim dan fakir miskin, OKU serta Tahfiz di asrama ini.

No comments:

Post a Comment